Tuesday 29 November 2011

LOVE WAVES ... OMBAK RINDUUU



“Ini merupakan filem pertama saya yang diadaptasikan dari sebuah novel. Dulu saya pernah juga berangan nak filemkan novel-novel, jadi bila dapat peluang ini, ia merupakan satu cabaran yang besar untuk saya cuba,” ujar Osman ketika ditemui pada sidang akhbar filem ‘Ombak Rindu’ di Bukit Kiara baru-baru ini.


Menurut Osman, disebabkan novel ‘Ombak Rindu’ ini mempunyai ramai pengikut yang fanatik, jadi beliau dan penerbit, Sharad Sharan telah melakukan kajian terperinci dalam menangani kandungan cerita novel tersebut agar ianya tidak jauh lari dari kandungan novel sebenar.

“Dari segi penceritaan, tak banyak berubah. Saya masih utamakan plot utama namun untuk sub-plot ada berubah sedikit. Permulaan dan pengakhiran filem ini juga sama seperti dalam novel cuma kita ada serapkan ‘surprise elemen’,” ujarnya mengakui pernah membaca novel tersebut ketika remaja.

Berkongsi mengenai cabaran menghasilkan filem ini, Osman memberitahu, “Cabaran yang tak boleh saya lupa ialah kami membawa kren besar di tengah-tengah laut untuk menjalani penggambaran babak kapal layar di Pulau Langkawi.




“Kami bawa kren tersebut di atas kapal kontena. Memang agak susah, namun syarikat Tarantella telah bagi peluang dengan mengeluarkan kos lebih untuk memberikan syot yang terbaik untuk filem ini.”

Bagi novelis naskhah ‘Ombak Rindu’, Fauziah Ashari, tiada kata yang dapat diluahkan apabila karyanya telah dipilih untuk diadaptasikan kepada filem. Tambah Fauziah lagi, ia merupakan satu penghargaan buat dirinya dan sekaligus dapat menggembirakan peminat novelnya yang telah sekian lama menanti novel itu untuk dilayarkan.

“Sembilan tahun lalu, ramai pembaca novel ini menghantar emel kepada saya bertanyakan bila novel ini hendak didramakan. Ini merupakan satu bonus kepada mereka dan juga saya sendiri apabila ia berada di pawagam.”

Filem ‘Ombak Rindu’ diterajui oleh Aaron Aziz, Maya Karin, Lisa Surihani dan Bront Palarae. Filem yang menjalani penggambaran di lokasi seperti Kuala Lumpur, Kedah, Perlis dan Thailand ini telah memakan masa selama 45 hari sejak pertengahan Julai 2010.

KREDIT TO http://www.gua.com.my

No comments:

Post a Comment